Pencegahan Kebakaran

Check out this SlideShare Presentation:
Category: 0 comments

REIKI

APA ITU REIKI?
Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.

KUNDALINI REIKI
Kundalini reiki merupakan salah satu cabang reiki yang berakar umbi daripada Usui Reiki (Reiki yang asal). Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan. Dan sudah pastinya tidak bertentangan dengan syariat.

Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement. Kundalini Reiki mempunyai 9 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master), KR Booster 1, KR Booster 2, KR Booster 3, KR Booster 4, KR Booster 5, dan KR Booster 6 serta Gold Reiki 1, Gold Reiki 2 & Gold Reiki 3. (Gold Reiki 1, 2 & 3 sebagai BONUS!!!)

CIRI-CIRI KUNDALINI REIKI:
♦ Teknik penyembuhan yang mudah TANPA penggunaan simbol, warna & visualisasi.
♦ Khusus untuk membuka gulungan kundalini & menaikkan api kundalini.
♦ Lebih mendekatkan praktisi kepada Tuhan Y.M.E.
♦ Mudah dipelajari, boleh dikuasai dalam beberapa jam sahaja.
♦ Praktisi hanya menyembuhkan hanya dengan niat sahaja.
♦ Setiap kali menyembuhkan, energi praktisi akan bertambah secara kuantiti dan kualiti.
♦ Tidak berbahaya bagi organ-organ tubuh yang halus dan bayi.
♦ Melindungi diri dari berbagai energi negatif.
♦ Meningkatkan kesedaran spiritual.
♦ Memperhalus kulit dan awet muda.
♦ Membantu latihan dan teknik tenaga dalam/pernafasan lainnya.

MODUL PERLATIHAN & TEKNIK KUNDALINI REIKI:
◊ Rawatan Penyembuhan
◊ Rawatan Penyembuhan Jarak Jauh
◊ Meditasi Kundalini Reiki
◊ Pembersihan Energi Negatif
◊ Perbaiki Hubungan Karma
◊ Rawatan situasi / kualiti.
◊ Kristal Reiki / Diamond Reiki
◊ Trauma Kelahiran
◊ Pembersihan Lokasi
◊ Mengatasi Masalah Orang Berhutang
◊ Teknik Memberi Attunement Kundalini Reiki Kepada Orang Lain (Peringkat Master)

ATTUNEMENT
Untuk mempelajari Kundalini Reiki sebelum itu terlebih dahulu perlulah dibuat 'attunement' (penyelarasan/ pengijazahan).
Category: 0 comments

Doa sembahyang Dhuha ialah

Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
Category: 0 comments

FAEDAH-FAEDAH SOLAT

Solat lima waktu sehari semalam merupakan fardhu ain keatas muslim yang mukallaf dan barangsiapa yang meninggalkannya akan mendapat azab yang sangat hebat di akhirat nanti.Solat ada banyak kebaikannya , antara yang dapat dikesan ialah:

* Solat boleh menghapuskan dosa, mendapat pahala dan menaikan darjat seseorang di sisi Allah s.w.t.

* Solat merupakan senaman (riaadah) yang Allah jadikan untuk hambanya.

* Solat akan memberi cahaya kepada wajah, hati, kubur dan hari kiamat nanti kepada tuannya.

* Solat merupakan makanan rohani.

* Kedudukan solat dalam agama seperti kepala dengan tubuh badan, bagaimana badan akan hidup tanpa kepala begitulah juga bagaimana agama seseorang itu nak hidup tanpa solat.

* Solat adalah sebagai pembersih jiwa seseorang.

* Solat adalah penyempurna kepada Islam atau agama seseorang.

* Solat boleh menambah keimanan dan keyakinan kepada Allah dan kebenaran Islam.

* Solat boleh mencegah tuannya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

* Solat boleh mengajar seseorang itu berdisiplin dalam hidup mereka.

* solat melatih seseorang itu mengamal kehidupan yang mementingkan kebersihan.

* Solat melatih seseorang itu menepati waktu.
Category: 0 comments

AIR ZAM-ZAM : Kelebihan dan Adab Meminumnya



Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."

Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri oleh gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.

Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).

Al-'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudah pun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."

Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)

Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah (lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).

Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.

ADAB MEMINUMNYA

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai(kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas r.a. apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata: "Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.
Category: 0 comments

Kekuatan Produk HPA

Di sini ingin saya kongsikan antara kelebihan dan kekuatan produk-produk herba, makanan kesihatan dan kosmetik HPA :

-Berasaskan sumber Ilahiah dan Alamiah
-Suci dan HALAL (halalan wa thoiyiban)
-Lulus ujian standard oleh Kementerian Kesihatan Malaysia-ujian logam berat (heavy metal), ujian kelarutan, ujian steroid, ujian mikrob.
-Mengekalkan ramuan tradisi nenek moyang Melayu di samping mementingkan konsep R&D.
-Berteraskan prinsip MURAH dan MUJARAB
Category: 0 comments

kebaikan herba ...

PENGETAHUAN HERBA.

1. Pegaga (Teh Herba, Teh Asiatica, Sabun, Kordial Pegaga, Teh Instant)
- Bentuk otak dan untuk kegunaan masalah ADD.
- Mengubati luka dalam.
- Herba antikanser (kanser yang terkait dengan hormon)
- Asiatikosid (antibiotik) dalam Teh Instant.
- Baik bagi ibu lepas bersalin.
- Diuretik dan mengandungi minyak yang baik untuk ginjal.
- Elok untuk kulit dalam persediaan sabun.

2. Teja Lawang (Herba Tuju Angin, Radix, Paramaria Plus, Kopi Radix dan D'Karm)- Teras pokok (ratusan tahun).
- Satu famili dengan kulit kayu manis.
- Mengandungi minyak sari untuk gastrik.
- Mengubati masalah angin (racun, suhu, angin).
- Rendaman kulit kayu manis baik untuk diabetes dan sakit pinggang.
- Mengurangi tekanan di otot jantung (angina).

3. Hempedu bumi (D'Tork, Imuniti dan Deep Cleansing)
- Masalah hati seperti hepatitis
- Tonsil
- Demam
- Darah tinggi
- Kencing manis.

4. Mengkudu (Buah dan Akar)
- Buah dalam bentuk kapsul mengkudu.
- Akar dalam Herba Tuju Angin, Radix, Paramaria Plus dan Kopi Radix.
- Morindin sebagai pelawas dan anti kanser usus.
- Mengandungi selenium anti oksidan yang kuat.
- Anti kanser.
- Darah tinggi.
- Sinergi dengan madu menurunkan kolesterol.
- Mengatasi masalah tidur yang ringan.

5. Senna Makkiah (Pelawas dan Teh Asiatica)
- Di ambil bersama madu menguatkan otot jantung.
- Pengubatan nabi.
- Penting dalam kolon cleansing.
- Lebatkan rambut.
- Jerawat dan kudis.
- Sawan.
- Gatal badan.

6. Shark Cartilage.
- Anti kanser
- Untuk sakit sendi
- Untuk masalah tulang belakang.
- Di ambil masa perut kosong
- Pagi 3 atau 6 kapsul
- Sinergi dengan Teh Instant
- Sumber kalsium

7. Jering
- Beta sitosterol dan stigmasterol (hipoglisemik).
- Benalu anti kanser.
- Ambil bersama Malac untuk elak tak lawas kencing.
- Kurangi makanan (beras putih, tepung, gula).

8. Omega 3
- Kuatkan ingatan (DHA).
- Kuatkan sistem kardiovaskular (EPA).
- Jantung dan darah.
- Sumber ikan (di sinergikan dengan herba untuk mendapatkan potensi 13 kali ganda).
- Soft gel (dewasa).
- Kapsul (anak-anak).

9. Garcinia (Stoma-K)
- Mengandungi HCA.
- Menekan perasaan lapar.
- Membakar lemak dalam tubuh.
- Bagi mengelakan gastrik diambil dengan madu.
- Khusus untuk obesiti.

10. Madu Lebah
- Sunnah nabi.
- Baik untuk bersihkan ginjal dan hati.
- Menjaga kesihatan kolon dan perut.
- Membersihkan darah.
- Bersifat pelawas (diminum dengan air panas).
- Gangrene
- Digunakan untuk tujuan detox.

11.Mengkunyit (Corcinium Plus)
- Resdung.
- Baik jika bersama madu (Air suam + buka kapsul).
- Ubat demam yang baik.
- Antibiotik.
- Mengelakkan menanah pada luka.

12.Tongkat Ali
- Tenaga.
- Kardiotonik.
- Antikanser.
- Baik untuk demam.
- Sakit sendi (Radix dan Herba Tuju Angin).


13. Lalang (Malac)
- Baik untuk ginjal (diuretik).
- Baik untuk demam (anti-piretik).
- Batu karang (sinergi dengan madu).
- Gout.

14.Bayam Duri (Health-B)
- Menambah darah (+ Spirulina).
- Diuretik.
- Anti ketumbuhan.

15.Roselle
- Vitamin C.
- Anti stress.
Category: 0 comments

Ingat mati cegah manusia bergelumang maksiat

Usah menunggu tua untuk bertaubat, beramal salih kerana maut datang tanpa diduga

MANUSIA yang tenggelam dalam kemewahan dunia, dikuasai hawa nafsu dan hidup dibelenggu maksiat amat sikit bahkan mungkin juga tidak mengingati malaikat maut pasti datang membawa perintah Allah untuk meragut nyawanya.

Jika mengingati mati, pasti mereka ketakutan atau bersedih kerana mengingatkan apa yang bakal dihadapinya di alam akhirat, tetapi ia gusar mengenangkan harta bendanya serta segala kemewahan dunia yang bakal ditinggalkannya.

Firman Allah:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Ketahuilah kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat.
Firman Allah bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)

Dengan mengingati kematian, kita lebih berwaspada dalam menghadapi liku kehidupan dan sentiasa berusaha menurut perintah Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan larangannya kerana kita tidak tahu bila ajal tiba.

Mengingati kematian menyebabkan kita teruja membuat persiapan rapi menghadapinya nanti. Oleh itu, Islam amat menganjurkan kita sentiasa mengingati kematian.

Cara terbaik ialah mengenangkan keluarga, sahabat atau sesiapa saja yang boleh mempengaruhi hidup kita. Mereka mungkin memiliki kekayaan, jawatan besar serta disanjung tetapi kini jasadnya bersendirian di dalam kubur. Hartanya, kedudukannya serta sanjungan orang ramai kini terpisah daripadanya. Kita perlu serapkan di jiwa kematian juga pasti menjemput dan akan keseorangan di alam kubur.

Kita juga perlu menziarahi kubur kerana membantu mengingati kita juga akan menghadapi nasib sama dengan ahli kubur itu. Islam juga menganjurkan kita menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis pengebumian kerana dapat mengingatkan kita mengenai kematian. Mengingati kematian membawa nilai positif terhadap insan, maka banyak dalil menganjurkan manusia selalu mengingati kehidupan hanya sementara.

Rasulullah juga mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana. Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa seseorang sedang menghadapi kesulitan hidup.

Ia menimbulkan kesedaran dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya abadi.

Bagi mereka yang dianugerahkan kesenangan, maka mengingati kematian menjauhkannya daripada kerlipan serta godaan duniawi.

Kematian menyedarkannya kesenangan duniawi tidak kekal dan dia bakal berpisah dengannya.

Hanya kehidupan di alam akhirat kekal abadi dan ini dapat menggerakkan jiwa untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia ini demi mencapai kebahagiaan di akhirat.

Oleh itu, dengan menyedari setiap bernyawa pasti akan menghadapi maut yang hanya diketahui Allah, pasti ia menimbulkan semangat untuk segera melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Jika seseorang menangguhkan untuk melakukan amalan salih dan ternyata ajalnya tiba ketika asyik melakukan maksiat, dia termasuk orang yang rugi dan bakal mendapat balasan buruk di akhirat.

Justeru, setiap umat Islam harus manfaatkan kehidupannya dengan cara terbaik iaitu mengerjakan amalan diperintah Allah dan Rasul-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Ketika tubuh sihat, kita manfaatkan semaksimum mungkin supaya menjadi insan beriman, bertakwa dan gemar mengerjakan amal salih.

Mana tahu entah esok mahupun lusa kita ditimpa kecelakaan sehingga terlantar keuzuran dan tidak lagi mampu melakukan amalan yang salih.

Kita pergunakan hayat dengan menghindari perbuatan maksiat kerana mungkin entah esok mahupun lusa malaikat maut mencabut nyawa sedangkan kita masih bergelumang dengan dosa.
Category: 0 comments